Maksud Smart Phone




Maksud Erti Smart Phone Telefon Pintar
.
Smart Phone (Melayu: Telefon Pintar) adalah istilah yang digunakan untuk telefon selular (English: Cellular Phone) yang mempunyai fungsi-fungsi menyamai sistem komputer seperti skrin sesentuh, capaian Internet, dan sistem operasi yang mampu memuat turun aplikasi dan memasangnya.

Antara jenama Smart Phone yang popular masa kini adalah iPhone yang dikeluarkan oleh syarikat Apple dan siri Galaxy yang dikeluarkan oleh syarikat Samsung. iPhone dijalankan oleh sistem operasi iOS manakala siri Galaxy dijalankan oleh sistem operasi Android.

Sistem Android adalah sejenis sistem terbuka di mana ia boleh dipasang oleh mana-mana Smart Phone yang serasi dengan spesifikasinya. Oleh itu, kebanyakan jenama Smart Phone yang ada di pasaran turut dijalankan olehnya seperti Lenovo, HTC, Xiaomi, Oppo dan lain-lain.
.